Firman Allah

“BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU” (AL-BAQARAH:216)

28 October 2010

KAKTUS

       Dilaman depan teratakku terdapat sepohon kaktus yang berukuran 3meter tinggi dan berukurlilit lebih kurang 27inci.Kaktus ini mempunyai bunga yang seakan-akan bunga teratai.Kebiasaannya kami hanya dapat melihat bunga kaktus yang dah layu diwaktu pagi kerana ia akan berkembang mekar pada malam hari dan akan layu bilamana matahari mula menerangi pagi.Bunga yang dah layu akan gugur sehari selepas itu.Sehari sebelum gambar ini dirakam, pokok kaktus mengeluarkan kuntum bunga yang banyak jadi kami tekad berjaga malam untuk melihat sendiri bunga-bunga kaktus ini berkembang.


Hampir ke jam 12mlm.Kuntum-kuntum bunga mula melebarkan kelopaknya satu persatu dan kami terus menanti untuk melihat ia kembang sepenuhnya. 

Penantian yang tak sia-sia setelah hampir 3jam kami menanti...akhirnya bunga kaktus berkembang mekar seadanya.Proses untuk ia kembang memang memakan masa.Makin banyak embun turun semakin mekar kuntum-kuntum bunga.Kuntum-kuntum yang belum berkembang itu akan melalui proses yang sama pada malam berikutnya.

Inilah gambar yang paling dekat dapat kami rakamkan.Kelihatan kelopak bunga telah terbuka sepenuhnya. Ta`kala titis-titis embun membasahi bumi, berkembanganlah bunga kaktus menadah embun hingga ke pagi.Pabila mentari mengambil-alih tempatnya, layu dan gugurlah kaktus ini.Indahnya ciptaan yang ESA dalam menzhohirkan KebesaranNYA.

21 October 2010

EMAS SEPULOH PERMATA HITAM

Alhamdulillah…tergerak untuk ku mencoret pemula bicara .
Memberi salam dan bersalaman sememangnya menjadi ajaran dari kecil. Menjadi adat, apabila bersalaman dengan orang tua2, badan kita ditundukkan sedikit tanda menghormatinya. Semasa bersalaman aku dididik supaya mengengam erat kedua2 belah tangan orang yang disalami, memandang kematanya dan selepas selawat barulah tangan dilepaskan. Ia dibahasakan dengan emas sepuloh permata hitam@permata dalam mata. Dalam perguruan@menuntut ilmu juga biasa digunakan apabila murid bertanya tentang pengeras. Indahnya kiasan lama. Kekadang bersalaman menyedarkan diri kita. Bilamana orang yang bersalaman dengan kita menundukkan sedikit badannya, nyatalah yang kita ini lebih tua darinya dan adakah pe`el perangai, juga ilmu akhirat kita ini setua usia kita atau sebaliknya sedangkan masa tak pernah menunggu kita. Berilah salam dan bersalamanlah hanya dengan mahram kita.