Firman Allah

“BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU” (AL-BAQARAH:216)

17 November 2011

Air Terjun Baatara Gorge

Baatara Gorge adalah sebuah air terjun yang terletak di Lebanon. Ianya unik kerana air nya terjun ke dalam gua. Air terjun Baatara Gorge adalah setinggi 255 meter dan hanya ditemui pada tahun 1952.
 










16 November 2011

"7 KEAJAIBAN DUNIA YANG DIANGGAP BIASA"


Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 keajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk mengetahui pengetahuan am diaorang...

Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal Dan lain-lain...

Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….

Murid itu menjawab….

“Ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”

Guru berkata, “Banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”

Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah


1. Boleh Melihat

2. Boleh Mendengar

3. Boleh Menyentuh

4. Boleh Menyayangi

5. Boleh Merasa

6. Boleh ketawa

7. Dan boleh Mencintai

 Kelas pun sunyi sekejap….

Renungan…..

Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang telah Allah kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”….

Bayangkan jika Allah s.w.t tarik balik keajaiban2 yang dipakaikan pada kita...tidak dapat melihat,mendengar,menyentuh,merasa,ketawa,menyanyangi dan mencintai...

Semoga hari ini kita semua diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan kita dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Keajaiban2 yang dipakaikan Allah pada kita dan selalu mensyukurinya.


waallahu`alam

15 November 2011

Abu mayat diproses jadi manik




PENGASAS syarikat Bonhyang, Jae-yul menunjukkan mesin yang menukar abu mayat manusia kepada manik perhiasan. (Gambar kecil)MANIK-MANIK kristal yang terhasil selepas pembakaran abu mayat manusia.


INCHEON, Korea Selatan - Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada.

Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul.

Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar.

Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata.

"Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya," kata II-nam.

Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati.

"Manik-manik kami bersih dan tidak berbau," katanya.

Menurut Jae-yul, syarikatnya menggunakan suhu yang amat tinggi untuk meleburkan abu mayat sehingga abu berkenaan bertukar menjadi kristal berbentuk manik. Proses itu memakan masa selama 90 minit.-dipetik dari kosmo online.



*NANTI ADA PULAK YANG JUAL MANIK DARI ABU MAYAT...KUTIP MAYAT-MAYAT BAKAR JADI MANIK....JAGA2...

14 November 2011

"Seksi Dunia, Seksa Neraka"

Mana satu pilihan anda
 
 
 
Sanggupkah anda membiarkan diri anda dihinggapi lalat (bagi wanita)?
Lelaki pun, mesti ramai yang akan memilih yang masih tak dihinggapi lalat kan?
Dan jangan biarkan sahabat-sahabat
dan juga keluarga anda dihinggapi lalat.
 
 
 
 With Hijab VS Without Hijab
 
  
 

Beginilah pandangannya apabila golongan2 dengan dan tanpa Hijab 
diadaptasikan pada seekor ayam. 
Mana yang lebih menarik??? 
Fikir-fikirkanlah
Dan jangan biarkan sahabat-sahabat
dan juga keluarga anda jadi ayam togel.
 

03 November 2011

Foto Banjir Di Bangkok

Ibu kota Thailand, Bangkok


















01 November 2011

Hantu Disiang Hari.....Betul Ke?

Waktu Siang ada Hantu??? Kita Zoom Tengok>>>

 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Hahaha....

Burung Hantu yang Baik Hati...Memburu dan Bagi Makan pada Jiran2...














































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...