Firman Allah

“BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU” (AL-BAQARAH:216)

29 December 2010

Antara 10 Tempat Unik dan Aneh dari Seluruh Dunia.

 “Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu” (QS Fushshilat 53).


1- Guaíra Falls, Brazil-Paraguay border

Guaira Falls adalah air terjun semulajadi terbesar di dunia dengan isipadu air terjun yang mencapai 1.75 juta kubik per-saat. Sebaliknya Niagara Falls buatan manusia itu hanya 70.000 kubik per-saat. Sumber Guaira Falls yang terletak di sempadan Brasil-Paraguay, adalah sungai Parana. Tahun 1982, pada air terjun Guaira ini dibangun empangan untuk menjana elektrik dengan nama Itaipu Dam yang menjadi empangan kedua terbesar di dunia setelah Gorges Dam. Itaipu Dam membekalkan 90% elektrik ke Paraguay, dan 19% ke Brasil, juga Rio de Janeiro dan Sao Paulo.



2- Iceberg B-15, Antartika

Gunung Ais B-15 ialah gunung ais terbesar yang termaktub dalam sejarah. Dengan keluasan 3100 km persegi, membuatkan ia lebih besar daripada pulau Jamaika. Ia berlaku disebabkan oleh retakan Ross Ice Shelf pada Mac 2000. Kemudian pada 2003, aisberg B-15 berpecah sekali lagi ke dalam beberapa bongkah,yang terbesar dipanggil B-15a mengalir ke utara, akhirnya berhimpit-himpit masuk glasier pada 2005, meninggalkan satu keretakan sepanjang 8 km. Ia membuat satu perubahan yang besar dalam peta Antartika.


3- Don Juan Pond, Antartika

Sebuah tasik yang terbentuk di tengah-tengah Artartika (dataran ais kutub selatan), Don Juan merupakan tasik yang mengandungi kandungan garam yang tinggi, malah 8 kali lebih tinggi dari Laut Mati di Jordan, juga 18 kali lebih tinggi berbanding laut biasa. Walaupun terletak di tengah-tengah dataran ais yang boleh mencapai suhu -30 darjah celcius, tasik ini tidak pernah membeku kerana kandungan garam yang sangat tinggi menjadikan pengkristalan molekul tidak dapat berlaku. Lokasi ini ditemukan oleh Lt. Don Roe dan Lt. John Hickey, pada tahun 1961, saat keduanya melakukan penelitian di Antartika. Nama Don Juan Pond juga diberi oleh kedua peneliti tentara ini, mungkin penggabungan nama keduanya.



4- Rotorua, New Zealand

Rotorua adalah kota di tepi laut selatan danau dengan nama yang sama. Tepatnya di teluk Plenty, pulau utara dari New Zealand. Keunikan dari kawasan itu adalah banyaknya kolam-kolam sumber air panas, khususnya Pohutu Geyser di Whakarewarewa, dan lumpur-lumpur mendidih (seperti gambar ke-2 kelihatan lumpur yang dipanaskan dari aktiviti geotherma yang mempunyai corak menarik) membuatkan kawasan itu menjadi unik dan menarik.

pembebasan sulfur ke udara

pancutan air panas

5- 83-42 Greenland

 Aneh dan unik...83-42 adalah nama yang pelik bagi sebuah tempat. Ia diberi berdasarkan koordinatnya 83° 42′ 5.2″ N, 30° 38′ 49.4″ W / 83.701444, -30.647056. Dipercayai merupakan satu-satunya bidang tanah yang ada di bahagian utara. Hanya berukuran kira-kira 35 m x 15 m dan tinggi 4 m. Ketika kutub utara tertutup oleh ais, namun tanah ini tidak. Lihat gambar! Keunikan 83-42 ini ditemukan tahun 1998.




6- Socotra, Republic of Yemen 

Socotra...tempat unik dan paling ganjil di dunia. Hampir kesemua yang ada kelihatan pelik, bermula dari bentuk pokok dan persekitarannya, ia bukan keajaiban yang biasa dijumpai. Tidak hairan rakyat memanggil Socotra yang terletak dalam Republic of Yemen sebagai satu daripada tempat makhluk asing di dunia. Sangat terpencil, iklim kering daripada yang lain. Tumbuh-tumbuhannya seperti Dragon Blood Tree berbentuk luar biasa, seolah-olah payung. Pokok menghasilkan gubal merah. Terdapat juga haiwan asli wujud, seperti burung-burung, labah-labah dan haiwan asli lain. Apatah lagi terumbu berbatu batan juga, bentuk tidak biasa dan hanya ada di pulau itu. Sesiapa yang pernah menjejakkan kakinya disana mungkin terasa seperti di planet lain.
 


7-The Great Dune of Pyla, France

Yang kita tahu bahwa Eropah tidak mempunyai gurun, hanya bukit pasir yang biasa saja. Tapi anggapan ini meleset. Eropah memiliki bukit pasir unik yakni Pyla, panjangnya 3 km, lebar 500 m dan tinggi 100 meter. Bukit pasir ini sangat curam dengan sebahagiannya menghadap ke hutan. Tempat ini terkenal kerana menjadi tempat aktiviti paraluncur. Selain keunikan bukit pasir itu, yang juga menakjubkan adalah pemandangan sekitarnya. Disebabkan bukit pasir ini jauh lebih tinggi dari hutan, kita dapat melihat semua kawasannya termasuk laut dan hutan.
 


8- Meteor Crater, USA

Kawah meteor ini terletak di bahagian utara gurun Arizona, Usa. Hentaman sebuah meteorit kira-kira 50,000 tahun dahulu menyebabkan terbentuknya sebuah kawah dengan lebar 2.4 (kira-kira 4km) dan kedalaman 550 kaki. Walaupun kawasan ini adalah sebuah gurun tetapi dahulunya ia dipercayai sebuah kawasan wholly mamoth (gajah yang berbulu) tinggal. Impak daripada hentaman sebuah meteorit yang lebarnya 50m ini menyamai kekuatan 20 juta tan TNT.



9- Mount Roraima, Venezuela, Brazil and Guyan

Mount Roraima adalah tempat luar biasa yang indah. Gunung batu ini berbentuk unik karena seperti kap meja yang berada di awan. Tingginya 400 meter. Satu- satunya cara untuk sampai ke puncak atap meja itu adalah dengan memanjat jalur tangga yang memang sudah disediakan pemerintah Venezuela. Cara lain yang tidak disarankan adalah yang biasa dilakukan para pemanjat tebing. Di sana hujan boleh dikatakan turun setiap hari, menghanyutkan tanaman tanaman menjalar yang berada di atas gunung. Kerana itu, atap gunung itu menjadi unik, bersih dari apapun..seperti tanah di kayangan@pulau yang terapung di udara apabila dilitupi awan.




10- The Door To Hell, Turkmenistan

Tempat ini mungkin semua tahu sudah, sekurang-kurangnya telah membaca berita atau melihat gambar-gambarnya. Terletak di bandar Darvaza, Turkmenistan, Pintu Neraka ini pada mulanya adalah kawasan perlombongan. Kegiatan melombong terpaksa dihentikan apabila ramai pekerja-pekerja mati akibat pembebasan gas dari perut bumi oleh aktiviti melombong. Kerana diberitahu gas itu adalah beracun, pekerja-pekerja bertindak membakar alatan-alatan melombong menyebabkan kawasan tersebut terbakar hingga kini...



Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

No comments:

Post a Comment