Firman Allah

“BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU” (AL-BAQARAH:216)

31 January 2011

Ikan Berenang Terbalik (Kuak Lentang)

Ikan yang berenang terbalik ini namanya synodontis . Ia merupakan sejenis ikan hias air tawar yang berasal dari daerah sungai Nil di benua Afrika. Ikan ini termasuk dalam golongan catfish dari famili Mochokidae. Nama synodontis berasal dari bahasa Yunani, iaitu syn bererti bersama dan odon bererti gigi kerana ikan synodontis suka berkelompok bersama sejenisnya dan memiliki gigi-gigi mandibular.
Ikan synodontis memiliki keindahan pada sirip dorsalnya yang tegak dan menjulur panjang sehingga sering dijuluki featherfin catfish. Ikan synodontis juga memiliki keunikan iaitu dapat berenang dengan posisi terbalik atau kuak lentang. Terkait dengan keunikannya tersebut ikan ini memiliki daya tarik dan digemari para penggemar ikan hias. Ikan ini memakan beberapa makanan seperti cacing, larva nyamuk, pellet, dll




No comments:

Post a Comment