mahu melepaskan jawatan Presiden sebegitu mudah. Ia bukan sahaja dari hasratnya, bahkan pihak-pihak yang peka politik sudah maklum, ia adalah hasrat dan arahan dari Washington sendiri. Amerika dan Israel khuatir jika Mubarak melepaskan jawatan, pilihanraya bebas diadakan mengikut lunas-lunas Perlembagaan, pihak yang akan memang ialah Ikhwan Muslimin (Ikhwan) itu sendiri. Sekiranya Ikhwan memenangi pilihanraya dan menguasai Parlimen dan pemerintahan di Mesir, banyak kepentingan politik, ekonomi dan budaya Amerika di Timur Tengah akan tergugat terutamanya keselamatan Israel akan terancam secara langsung.
Kejatuhan regim Mubarak bererti lenyapnya negara haram “I.s.r.a.e.l” dari peta dunia menjadi semakin hampir. Selagi lobi Yahudi masih menguasai politik dan pemimpin Amerika, mereka sekali-kali tidak akan membenarkan regim Mubarak atau Parti Demokratik Nasional di Mesir tumbang. Hari Jumaat 4 Februari 2011 lalu dinamakan oleh Rakyat yang berdemonstrasi di seluruh Mesir seramai berjumlah 7 juta orang itu sebagai “Jumaat Al-Raheel” atau Jumaat Hari Beredar (bagi Mubarak, regim dan parlimennya). Sepatutnya ia berlaku secara terpaksa dipihak Mubarak atau secara memaksa oleh Rakyat dengan cara rusuhan, namun ia belum berlaku. Oleh itu pemerhatian dunia kepada Mesir kini ialah pada hari-hari Jumaat seterusnya iaitu Jumaat 11 Feb, Jumaat 18 Feb atau Jumaat 25 Feb. Ia seolah-oleh seperti Perang Khandak diantara Rasulullah saw dengan Tentera Ahzab, dimana perang secara langsung dan berdepan tidak berlaku kerana terdapat parit yang mengasingkan kedua-dua pasukan, akan tetapi ia adalah perang saraf dimana masing-masing bertahan sehingga salah satu pihak mengalah kerana kekalahan dalamannya sendiri disegi saikologi, jiwa, sokongan, ketahanan dan kesatuan yang telah bergolak dan menyebabkan kelemahan.
Obama dan kabinet Amerika. Keputusan Mubarak di Mesir terhadap rakyatnya adalah bukan dari dirinya dan untuk maslahat (kepentingan) umatnya, akan tetapi ia adalah keputusan dari sini, pentadbiran Amerika.
Perdana Menteri Zionis, Netanyahu (kiri) dan Presiden Mesir, Husni Mubarak bersetuju untuk membina tembok pemisah di sempadan Mesir-Palestin, untuk menghalang makanan, ubat-ubatan dan bantuan dari Mesir sampai ke rakyat Palestin. Jika Mubarak dan regimnya jatuh dalam Intifadhah Mesir 2011 ini, pintu sempadan akan terbuka, tembok pemisah akan runtuh. Bukan sahaja Palestin dimerdekakan bahkan Israel akan lenyap di dunia.- Amerika, Israel dan Mubarak tetap tidak mahu melepaskan cengkamannya terhadap rakyat Mesir. Oleh itu pilihan menggunakan kekerasan dengan kekuatan tentera Mesir menjadi pilihan terakhir buat mereka.
- Jika Intifadhah Mesir ini berjaya ditamatkan dengan rakyat kembali ke rumah masing-masing tanpa mendapat sepenuhnya apa yang mereka mahu, regim Mubarak akan mengambil tindakan setegas-tegasnya terhadap rakyat terutamnya pimpinan mereka dan Ikhwan Muslimin. Ia boleh ketahap hukuman mati atas dakwaan cuba menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan.
- Rakyat yang dipimpin secara tidak langsung oleh Ikhwan Muslimin masih mengambil pilihan dan mengharapkan penyelesaian secara aman, iaitu mereka terus berdemo dan pihak regim Mubarak mengalah satu demi satu (concessions) sehingga permintaan Rakyat dipenuhi sepenuhnya.
- Ramai beranggapan inilah peluang terbaik bagi rakyat Mesir untuk membuat perubahan menyeluruh dalam negara mereka demi masadepan generasi-generasi mereka akan datang (now or never). Belum tentu mereka akan mendapat peluang seperti ini, yang menyaksikan Rakyat bersatu padu dan hilang ketakutan, seperti yang mereka saksikan pada hari-hari ini.
- Walaupun ketika ini berlaku kebangkitan di Yaman dan Jordan, namun kebangkitan di Mesir mendapat liputan luas antarabangsa kerana kedudukan Mesir yang strategik didalam umat Islam dan dunia amnya. Sebarang perubahan sistem di Mesir akan merubah senerio dan sejarah dunia secara langsung.
Hari Mesir mengulangi peranannya sebagai abang sulung kepada negara-negara Islam semakin dekat, membebaskannya dari penjajahan musuh-musuhnya. Apatah lagi kedudukannya hanya bersempadan dengan negara haram “I.s.r.a.e.l”, pusat projek Kuasa-kuasa Besar Dunia.Ustaz Halim www.inijalanku.wp.com

No comments:
Post a Comment