Firman Allah

“BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU” (AL-BAQARAH:216)

14 April 2011

Feqah: Adab Bersuci


BERSUCI DARI NAJIS DAN ISTINJAK 

BERSUCI 1

Najis
Dari segi Istilah maksudnya ‘benda yang menegah sah ibadat kerananya’.

Dari segi Bahasa maksudnya ‘suatu benda yang kotor’.

Benda yang dihukumkan najis antaranya:
1-Babi, anjing serta keturunannya dan apa sahaja yang dihubungkan dengannya.
2-Arak, susu, nanah, darah, muntah dari binatang yang haram dimakan dagingnya.
3-Bahagian badan haiwan yang tercerai dari badannya semasa haiwan itu hidup.
4-Bangkai haiwan kecuali belalang dan ikan.
5-Dan semua jenis kekotoran.

Bahagian-bahagian najis:
A-Mughalazah
Merupakan najis berat, terdiri daripada babi dan anjing serta keturunannya dan apa-apa yang dihubungkan dengannya.
Cara membersihnya dengan menghilangkan najisnya dahulu kemudian dibasuh 7 kali dengan air mutlak dan sekali diantaranya menggunakan air yang bercampur tanah.

B-Mutawasitah
Merupakan najis pertengahan, terdiri daripada semua najis yang telah dinyatakan di atas kecuali najis mughalazah.
Cara membersihnya dengan mencucinya dengan air mutlak yang suci lagi menyucikan sehingga hilang bau, warna, rupa dan rasanya.

Terdapat 3 golongan iaitu:
1-Aini
Najis yang ada rupa, bau dan rasa.
Cara membersihnya dengan air mutlak.
2-Hukmi
Najis yang tiada rupa, rasa dan bau.
Cara membersih dengan menyiram air ke tempat yang terkena najis kemudian dilap
sehingga kering.
3-Mukhafafah
Merupakan najis ringan, terdiri daripada kencing kanak-kanak lelaki yang belum
berumur 2 tahun dan belum memakan sesuatu selain susu ibunya.
Cara membersihnya dengan memercikkan air ketempat terkena najis itu dan dilap
sehingga kering.

BERSUCI 2

Istinjak
Istinjak iaitu membersihkan sesuatu yang keluar dari dua jalan dan mengotorkan tempat keluarnya.

Hukum istinjak ialah wajib pada kita.

cara beristinjak:
1.Basuh dengan air-cara ini lebih senang dan lebih baik digunakan.
2.Kesat dengan batu atau benda kesat yang suci-cara ini kurang baik kecuali
ketiadaan air untuk digunakan.
3.Dengan kedua-duanya sekali-cara ini adalah yang paling afdhal.

Syarat beristinjak dengan air sahaja:
-Air digunakan mesti suci lagi menyucikan.
-Hilangkan sifat-sifat najis sebelum menggunakan air itu.

Syarat beristinjak dengan batu:
-Bukan yang bertulis nama Allah, ayat-ayat atau kalimah al-quran dan hadith nabi.
-Batu mesti bersih, kesat lagi suci dan boleh menghilangkan najis.
-Belum kering najis pada tempatnya.
-Tidak melebih najis dari tempat keluarnya.
-Mesti mengulanginya dengan 3 ketul batu berlainan.
-Batu atau benda padat yang digunakan mesti kering.
-Tidak basah najis dengan bercampur air.
-Benda padat yang munasabah seperti kertas, kayu, daun dan lain-lain.
-Tidak boleh guna benda seperti makanan contohnya roti dan pakaian.

No comments:

Post a Comment