Firman Allah

“BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU” (AL-BAQARAH:216)

27 November 2010

TANGKAL AZIMAT

Yusuf Al Qardawi dalam bukunya telah menentang penggunaan ayat Al Quran yang digunakan sebagai tamimah (azimat tangkal). Ini menurut Yusuf Al Qardawi adalah berdasarkan beberapa dalil.

1. Larangan terhadap berbagai tamimah adalah umum, kerana hadis-hadis tidak mengecualikannya walau pun sedikit.

2. Menutup pintu kerosakan. Membolehkan atau mengharuskan tamimah yang terdiri dari ayat-ayat Al Quran digantung akan membawa kepada terbukanya ruang untuk menggantungkan sesuatu yang lain, dimana pintu kejahatan bila dibuka tidak dapat ditutup.

3. Mengharuskan tamimah akan membawa terdedahnya Al Quran kepada kehinaan dimana orang-orang yang menggantungnya akan membawa ke tempat-tempat najis dan akan membawanya ketika membuang air, ketika dalam janabah, datang haid atau lainnya.

4. Selain itu ia akan membawa kepada tidak menghormati Al Quran dan meringan-ringankannya serta bertentang dengan apa yang terkandung di dalamnya. Allah SWT menurunkan Al Quran untuk menunjuki manusia kepada jalan yang lurus serta mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada sinar cahaya, bukan digunakan untuk tamimah serta bukan juga digunakan sebagai penjaga, pendinding kepada orang-orang perempuan dan kanak-kanak.

Perlu ditegaskan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin. Dalam konteks ini Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."( Al-Jin 72:6 )

Sekalipun yang diseru itu datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih, ini dilihat sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni. Dan tentulah akan lebih-lebih dilarang apabila jin yang berkaitan datangnya daripada golongan jin yang kafir. Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia, termasuk di negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni.

1. Azimat, merupakan sebarang benda-benda yang dipercayai dapat menahan daripada ancaman atau dapat mencegah terjadinya musibah ke atas diri, keluarga dan harta benda.
2. Azimat juga diyakini mempunyai kekuatan ghaib dan dipercayai ada khadamnya dari makhluk-makhluk ghaib.
3. Tangkal, merupakan salah satu bentuk azimat untuk dipakai seperti gelang tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan maksud melindung dari gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di penjuru rumah.
4. Wafaq, adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf, angka, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam bahasa yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat Al-Quran.

Adakah boleh menggunakan azimat yang dituliskan padanya ayat-ayat Al-Quran, atau nama-nama Allah? Walaupun pada ulama berbeza pendapat mengenai isu ini, namun dalil-dalil yang melarang pemakaian semua bentuk azimat adalah :

a. Kerana umum hadis yang melarang azimat dan tidak disebutkan pula pengecualiannya.
b. Kerana boleh menjurus kepada penghinaan Al-Quran, di mana kadangkala pemakaiannya memasuki tempat-tempat bernajis ataupun sedang dalam keadaan berjunub, haid dan lain-lain lagi.
c. Menganggap remeh ayat-ayat Al-Quran dan bertentangan dengan apa yang dimuatkan di dalamnya. Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dari kegelapan, bukan sebagai azimat.

dipetik dari blog Muallij

07 November 2010

BERBEKAM

Bekam adalah teknik mengeluarkan darah@tanpa darah keracunan (toksid) pada tubuh badan melalui permukaan kulit. Ia merupakan salah satu amalan perubatan Rasulullah untuk menyembuhkan penyakit dan juga satu amalan untuk mengekalkan kesihatan@mencegah penyakit. Peredaran zaman, penggunaan alat bekam turut berevolusi. Kalau dulu, bermula dengan tanduk, gelas, mangkuk juga lintah. Manakala hari ini, cawan plastik, vakum moden dan jarum lanset menjadi pilihan pada zaman berteknologi tinggi dan canggih untuk menjamin kebersihan proses bekam. Antara hadith2 mengenai bekam:-


1-Dari Ibnu Abbas ra. Dari Nabi SAW telah bersabda :
Kesembuhan (ubat) itu ada pada tiga perkara iaitu minum madu, berbekam dan berkay dengan api, dan aku melarang umatku berkay dengan api itu.
Shohih Bukhari dalam Kitab Ath Thib

2-Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

3-Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

Jenis Bekam:-
i- Bekam Kering@Angin : Tujuan mengeluarkan angin dan haba yang bertoksid
ii-Bekam Basah@Darah  : Tujuan mengeluarkan darah, angin dan haba yang bertoksid

Setelah sekian lama mencari tempat bekam yang sesuai. Malam tadi aku diberitahu oleh seorang kawan yang terdapat satu tempat berbajet rendah untuk berbekam dengan kebersihan terjamin. Dalam perjalanan pulang setelah minum dengannya, aku dan kawanku (yang balik bercuti dari johor) terus mencari tempat yang diperkatakan. Alhamdulillah, setelah 2-3x berpusing-pusing di kaw. chabang 3 akhirnya berjumpa juga. Kami sepakat untuk pergi keesokan harinya untuk berjumpa dengan Syed Alwi (pengamal perubatan HPA). Nak mencuba kaedah bekam lah katakan...


(gambar hiasan..tak ada org nak rakam gambar)
                   
Setelah diperiksa oleh Syed Alwi, aku perlu dibekam 6point dan kawanku 5point. Jumlah point@cawan plastik(gambar diatas) bergantung atas penyakit yang dihidapi.

 

Ini pula gambar yang dapat dirakam setelah proses bekam darah selesai. Mengikut keterangan Syed Alwi, kesan2 lebam yang kehitaman adalah tanda@tindakbalas kawasan yang bermasalah. Jarak paling cepat untuk bekam seterus ialah 1-bulan.





03 November 2010

Golongan Lelaki yang Akan Ditarik masuk Ke dalam Neraka

 "Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki2 itu adalah mereka yg tidak menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan.

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... tidak lepas dari melakukan dosa...selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

Renungan Bersama...

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....
                                                                    
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat        
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.  

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.  "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.  

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat  ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di  bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.  

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,          
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?                                                                                                 

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang  tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.  

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.  

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan  yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.                                                                                                 

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia  berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang  yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya       kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.                                                                 

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.                                                                                               

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya  seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan  yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.                                                                                     
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.