Firman Allah

“BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU” (AL-BAQARAH:216)

27 November 2010

TANGKAL AZIMAT

Yusuf Al Qardawi dalam bukunya telah menentang penggunaan ayat Al Quran yang digunakan sebagai tamimah (azimat tangkal). Ini menurut Yusuf Al Qardawi adalah berdasarkan beberapa dalil.

1. Larangan terhadap berbagai tamimah adalah umum, kerana hadis-hadis tidak mengecualikannya walau pun sedikit.

2. Menutup pintu kerosakan. Membolehkan atau mengharuskan tamimah yang terdiri dari ayat-ayat Al Quran digantung akan membawa kepada terbukanya ruang untuk menggantungkan sesuatu yang lain, dimana pintu kejahatan bila dibuka tidak dapat ditutup.

3. Mengharuskan tamimah akan membawa terdedahnya Al Quran kepada kehinaan dimana orang-orang yang menggantungnya akan membawa ke tempat-tempat najis dan akan membawanya ketika membuang air, ketika dalam janabah, datang haid atau lainnya.

4. Selain itu ia akan membawa kepada tidak menghormati Al Quran dan meringan-ringankannya serta bertentang dengan apa yang terkandung di dalamnya. Allah SWT menurunkan Al Quran untuk menunjuki manusia kepada jalan yang lurus serta mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada sinar cahaya, bukan digunakan untuk tamimah serta bukan juga digunakan sebagai penjaga, pendinding kepada orang-orang perempuan dan kanak-kanak.

Perlu ditegaskan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin. Dalam konteks ini Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."( Al-Jin 72:6 )

Sekalipun yang diseru itu datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih, ini dilihat sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni. Dan tentulah akan lebih-lebih dilarang apabila jin yang berkaitan datangnya daripada golongan jin yang kafir. Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia, termasuk di negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni.

1. Azimat, merupakan sebarang benda-benda yang dipercayai dapat menahan daripada ancaman atau dapat mencegah terjadinya musibah ke atas diri, keluarga dan harta benda.
2. Azimat juga diyakini mempunyai kekuatan ghaib dan dipercayai ada khadamnya dari makhluk-makhluk ghaib.
3. Tangkal, merupakan salah satu bentuk azimat untuk dipakai seperti gelang tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan maksud melindung dari gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di penjuru rumah.
4. Wafaq, adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf, angka, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam bahasa yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat Al-Quran.

Adakah boleh menggunakan azimat yang dituliskan padanya ayat-ayat Al-Quran, atau nama-nama Allah? Walaupun pada ulama berbeza pendapat mengenai isu ini, namun dalil-dalil yang melarang pemakaian semua bentuk azimat adalah :

a. Kerana umum hadis yang melarang azimat dan tidak disebutkan pula pengecualiannya.
b. Kerana boleh menjurus kepada penghinaan Al-Quran, di mana kadangkala pemakaiannya memasuki tempat-tempat bernajis ataupun sedang dalam keadaan berjunub, haid dan lain-lain lagi.
c. Menganggap remeh ayat-ayat Al-Quran dan bertentangan dengan apa yang dimuatkan di dalamnya. Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dari kegelapan, bukan sebagai azimat.

dipetik dari blog Muallij

No comments:

Post a Comment