Firman Allah

“BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU” (AL-BAQARAH:216)

24 January 2011

Sky Bridge of Langkawi

Pertama kali aku ke Langkawi pada tahun 2000, 
Kabel Terpanjang dan Jambatan Gantung ni belum lagi dibina

Kereta kabel Langkawi dan Jambatan Gantung ini terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta Kabel ini mula dibuka pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.
Ia dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004.

Di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang sambil menikmati pemandangan cenuram anjur dan puncak batu tinggi yang amat mengagumkan. Semasa matahari terbenam, anda akan dapat saksikan beberapa minit suasana kemerahan di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.

Dengan ukuran keseluruhan sepanjang 919.5 m, kereta kabel Langkawi ini, telah diperakui oleh Malaysia Book of Records sebagai The Longest Free Span Single Rope Cable Car di dunia.














No comments:

Post a Comment