Firman Allah

“BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU” (AL-BAQARAH:216)

31 January 2011

Ikan Berenang Terbalik (Kuak Lentang)

Ikan yang berenang terbalik ini namanya synodontis . Ia merupakan sejenis ikan hias air tawar yang berasal dari daerah sungai Nil di benua Afrika. Ikan ini termasuk dalam golongan catfish dari famili Mochokidae. Nama synodontis berasal dari bahasa Yunani, iaitu syn bererti bersama dan odon bererti gigi kerana ikan synodontis suka berkelompok bersama sejenisnya dan memiliki gigi-gigi mandibular.
Ikan synodontis memiliki keindahan pada sirip dorsalnya yang tegak dan menjulur panjang sehingga sering dijuluki featherfin catfish. Ikan synodontis juga memiliki keunikan iaitu dapat berenang dengan posisi terbalik atau kuak lentang. Terkait dengan keunikannya tersebut ikan ini memiliki daya tarik dan digemari para penggemar ikan hias. Ikan ini memakan beberapa makanan seperti cacing, larva nyamuk, pellet, dll




30 January 2011

10 Amalan Terbaik tapi Terbalik

10 amalan terbaik tapi terbalik yang selalu kita buat...Renung2kanlah!!!
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita.Kadang-kadang kita dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukanoleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua,ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul-urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam).Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga simatilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik dirumah maupun dimasjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5.Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan dirumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6.Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan dibulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalankita?

7.Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduripun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja.Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid.. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas.Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.


Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." Riwayat Bukhari

Waallahu`alam 

29 January 2011

Syarat Kunci...selebihNya

 Yakinkah anda jika ini kunciannya















26 January 2011

Sayyidina Ali k.w.j. - Gedung Ilmu

Suatu hari semasa Sayyidina Ali k.w. sedang memberi syarahan dalam suatu majils ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.

“Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata: "Saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?” Tanya salah seorang daripada lelaki itu.

“Memang benar……,” jawab Khalifah Ali bin Abi Talib.

Lelaki pertama bertanya: ”Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”. ”Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta,” jawab Sayyidina Ali.

 ”Apa dalilnya, wahai Ali?” tanya lelaki itu lagi. ”Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun, Syaddad, dan lain-lain,” jawab Sayyidina Ali.

Lelaki kedua pula bertanya: ”Wahai Ali, manakah lebih baik antara ilmu dengan harta?”. ”Tentulah ilmu itu yang lebih baik daripada harta,” jawab Sayyidina Ali, tanpa menunjukkan rasa marah.

”Apa dalilnya?” tanya lelaki ke-dua itu lagi. ”Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya,” jawab Sayyidina Ali.

Lelaki ke-tiga pula bertanya: ”Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dengan ilmu?”. Maka dijawab oleh Sayyidina Ali: ”Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang berilmu mendapat ramai kawan."

Lelaki ke-empat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Sayyidina Ali: ”Wahai saudaraku, harta apabila ia dibelanjakan maka ia akan berkurang, sedangkan ilmu, jika ia diamalkan semakin bertambah."

Lelaki ke-lima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Sayyidina Ali: ”Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati."

Lelaki ke-enam pula bertanya soalan yg sama, lalu dijawab oleh Sayyidina Ali: ”Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.”

Sayyidina Ali memandang ke arah lelaki yang ke-tujuh lalu berkata, ”Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati."

Kepada lelaki ke-lapan Sayyidina Ali berkata: ”Harta semakin lama disimpan ia semakin usang; tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.”

Kemudian Sayyidina Ali terus berkata: ”Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah.”

Akhirnya 10 orang lelaki yang hendak menduga ilmu Amirul Mukminin Sayyidina Ali bin Abi Talib beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Sayyidina Ali dapat memberikan banyak jawapan untuk hanya satu soalan.

”Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza,” kata Khalifah Ali bin Abi Talib.

Amalan Khurafat Dlm Adat Istiadat Orang Melayu

Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar Mati Anak Jangan Mati Adat ". Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka.

Persoalannya golongan manakah yang mengada dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu ?

Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu bertepatan dan selari dengan Hukum Syarak atau bertentangan sama sekali dengan Hukum Syarak?

Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu.

Sebenarnya banyak perkara Khurafat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu antara contohnya ialah apabila ada majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang seolah-olah satu kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita.

Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari (makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu ruh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi ruh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.


Kebiasaannya orang yang menghidup dan memainkan peranan utama dalam hal ehwal adat istiadat Masyarakat Melayu dan perkara-perkara Khurafat yang menyeleweng dan bertentangan dengan Syariat Islam ini adalah terdiri daripada Bomoh, Pawang, Bidan, Dukun, Guru latihan pertahanan diri, Mak Andam dan seumpamanya.

Peranan mereka dalam menghidupkan adat istiadat dan perkara Khurafat ini
bergantung kepada bidang masing-masing. Antara Contoh-contoh adat
istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh orang-orang
Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :-

a. Mendirikan Rumah Baru.

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.

Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk
mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

b. Upacara Menurunkan Perahu / Kapal yang baru ke laut.

Upacara ini di lakukan oleh Bomoh dengan harapan perahu / kapal
tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa
belayar di lautan luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi serapah dan mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.

c. Kenduri Tolak Bala.

Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.

Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan syarat :-

i. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis tersebut

ii. Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.


d. Upacara Persandingan.
Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi Sita.

Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini di arak dan di sanjung serta di
puja sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewi Sita,
dengan sebab itulah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.


e. Mengandung / Kelahiran bayi
Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.


f. Adat meninggal dunia dan selepas kematian.
Semasa seseorang meninggal dunia Bomoh akan meletakkan gunting di atas mayat semasa baru meninggal dunia. Semasa hendak menghantar mayat ke kubur diadakan pula kenduri masuk kubur, selepas 7 hari kematian, diadakan kenduri pecah perut, selepas 14 hari di adakan kenduri makan serabai ( sejenis kuih). Kenduri 40 hari sebagai
tanda ruh berpisah dari waris. Kenduri 100 hari sebagai kenduri turun batu nisan dan ruh si mati telah masuk ke dalam kumpulannya di alam kubur.

Sebenarnya memperbanyakkan sedekah bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan apa cara sekalipun, asalkan tidak menyalahi syarak dan tidak terdapat di dalamnya sesuatu yang menyalahi syarak dengan diniatkan pahala sedekah itu untuk disampaikan kepada ibu bapa yang telah mati daripada waris-warisnya yang masih hidup terutamanya anak-anak adalah digalakkan dalam Islam.

g. Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri.
Upacara ini biasanya di lakukan oleh guru latihan pertahanan diri yang juga merupakan seorang Bomoh yang dilakukan supaya pelatih-pelatih latihan pertahanan diri di gelanggang tersebut tidak mendapat sebarang kecederaan semasa berlatih. Antara alat dan
upacara yang di lakukan ialah seperti menyembelih seekor kambing atau ayam hitam dimana darah ayam dan kambing tersebut di semah di sekeliling gelanggang.

Sesetengahnya menyapu darah tersebut di tapak kaki pelatih latian pertahanan diri. Selepas itu Bomoh tersebut akan menyeru nama-nama panglima tertentu seperti Panglima Hitam dan sebagainya. Akhir sekali Bomoh tersebut akan mengasapkan kemian
di sekeliling gelanggang dengan tujuan untuk menghalau hantu-hantu jahat daripada menghampiri gelanggang latihan pertahanan dirinya.

h. Membuang Air Kecil/Besar
Salah satu adat lagi yang sering di peringatkan oleh orang-orang tua
kepada anak-anak muda mereka jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi atau di padang-padang atau ketika hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Jin atau penunggu yang kononnya menunggu tempat tersebut dengan menyebut "Minta tabik
tok nenek, anak cucu tak tahu bahasa, nak tumpang kencing" atau "Minta ampun tok nenek anak cucu nak tumpang lalu". Kononnya jika tidak meminta izin kemungkinan orang tersebut akan di sampuk oleh penunggu tempat tersebut.

Kesemua adat-adat di atas sebenarnya adalah campuran daripada pengaruh agama Hindu, agama Buddha dan adat istiadat orang-orang Asli yang memuja roh. Adat-adat tersebut masih kuat diamalkan dalam budaya orang Melayu, yang menyangkakan sebahagian daripada adat Melayu yang tidak bertentangan dengan agama Islam, tetapi sebenarnya
adat istiadat dan budaya tersebut terang-terang bertentangan dengan
Islam. Contoh Peralatan dalam pemujaan jin Yang biasa dilakukan oleh Bomoh, Pawang dan seumpamanya.

Peralatan yang sering digunakan oleh Bomoh dalam pemujaan jin yang kononnya dikatakan sebagai salah satu upacara dalam adat istiadat Melayu yang tidak boleh ditinggalkan antaranya adalah
seperti berikut :-


a. Puja Kubur.

Puja kubur adalah sebahagian daripada amalan sesetengah orang Melayu yang masih tebal dengan adat istiadat dan tradisi Melayu kuno dengan agama Hindu puja Dewa. Mereka percaya bahawa penghuni kubur itu boleh menghasilkan hajat mereka apabila di minta terutamanya apabila mereka berada di dalam kesusahan.

Kebiasaanya beberapa jenis makanan atau " jamu " seperti ayam panggang, bertih, pulut kuning, pisang emas dan lain-lain lagi di bawa dan diletakkan di atas kubur itu sebagai jamuan untuk penghuni kubur tersebut, sebelum meminta sesuatu hajat, yang hakikatnya
adalah untuk " jamu " Jin . Yang jelas di sini sebenarnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang mahu menyesatkan mereka.

b. Keris, Kemian dan Limau.
Keris sering dikaitkan dengan latihan
pertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan kemashuran. Kebiasaannya banyak daripada keluarga orang Melayu yang mempunyai atau menyimpan keris sebagai sebahagian daripada barang pusaka yang perlu di pelihara dan di jaga dengan baik. Keris tersebut perlu dimandikan
dengan limau dan di asapkan dengan kemian serta di balut dengan kain
kuning atau hitam dan di simpan di tempat yang selamat. Pemujaan
keris ini selalunya di buat pada malam jumaat dengan bacaan mentera
dan jampi-jampi tertentu.

Pemujaan itu dilakukan dengan tujuan untuk memelihara kekuatan keris
tersebut, supaya penjaga (saka) keris itu tidak menggangu keluarga mereka dan sebagainya. Sebenarnya keris tersebut tidak mempunyai apa-
apa kuasa kerana ianya adalah merupakan besi semata-mata tetapi yang berperanan terhadap keris tersebut, sebenarnya adalah terdiri daripada Jin yang menjadi khadam kepada keris tersebut.

c. Ancak.

Ancak di buat daripada buluh yang hampir sama dengan sangkak. Ada
juga terdapat ancak yang di buat daripada daun pisang yang di isi
dengan pulut kuning, bertih, ketupat dan sebagainya.

Ancak juga di gunakan sebagai "jamu" untuk Jin keturunan atau Jin penjaga kampung supaya tidak menggangu anak cucu atau penduduk kampung tersebut pada tahun itu. Kepercayaan menjamu dengan menggunakan ancak ini masih ada sehingga ke hari ini terutamanya bagi mereka yang masih ada lagi atau berpegang dengan saka atau Tok-
Nenek atau Jembalang-jembalang keturunan.

d. Sanggu

Sanggu atau sampan biasanya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok. Di ambil upih atau seludang itu mestilah pada waktu senja.

Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap
ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi-jampi tertentu. Tujuan pemujaan Jin yang menggunakan sanggu ini kebiasaannya adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka.

Perkakas dan alat "jamu" yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

e. Sangkak

Sangkak pula di perbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat
tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah di
proses dengan syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih
sebagai "jamu" bagi Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya
atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampung tersebut pada tahun itu.

Kemian diletakkan bersebelahan dengan sangkak tersebut sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.

Terdapat dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak
tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan
diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan
sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula
maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

f. Pemujaan Tanduk Kerbau.

Tanduk kerbau sering dijadikan bahan pemujaan oleh sesetengah kumpulan orang yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Adakalanya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis.

Kepercayaan ini sebenarnya ada hubungan dengan kepercayaan puja Dewa
bagi satu puak di Tanah Jawa, yang mempercayai adanya kuasa pada
tanduk kerbau itu apabila di puja dan di sembah. (sebenarnya adalah kuasa Jin )

Pemujaan tanduk kerbau sering di aitkan dengan sesuatu keturunan. Namun apa yang jelas tanduk kerbau ini di gunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau " jamu" kepada Jin tersebut. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung
tersebut atau anak cucu orang yang berkenaan.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di atas suatu tempat tertentu, di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya
dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Pawang atau Bomoh akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah tertentu untuk memanggil Jin berkenaan. Kadang kala apabila Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh Pawang atau bomoh tersebut, dan bomoh itu akan bercakap sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.

Ringkasnya pemujaan-pemujaan seperti yang dilakukan di atas adalah terang-terang bertentangan dengan agama Islam yang mulia dan semata-mata perkara Khurafat yang mesti kita jauhi demi keselamatan dan kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat.

Keselamatan, kesihatan dan rezeki manusia sebenarnya telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada
keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.

KERIS LAGENDA ALAM MELAYU

Keris tidak dapat dipisahkan daripada orang Melayu. Keris merupakan lambang dalam alam latihan pertahanan diri bagi hulubalang-hulubalang dalam masyarakat Melayu sejak dari dahulu hingga kini.

Kehebatan dan kemegahan seni latihan pertahanan diri juga tidak akan teserlah tanpa penggunaan keris. Demikian juga sebahagian daripada
permainan seni latihan pertahanan diri tidak akan sempurna jika tidak ada permainan keris.

Keris juga merupakan senjata utama kepada ahli-ahli latihan pertahanan diri Melayu. Tanpa keris seperti ada kecacatan pada seni latihan pertahanan diri tersebut. Sungguhpun keris tidak di bawa berjalan merata-rata pada zaman sekarang, namun ia masih lagi
berfungsi sebagai mercu kemegahan seni latihan pertahanan diri tersebut, terutamanya pada saat upacara tamat latihan.

Keris juga memainkan peranan penting kepada sesetengah Bomoh, Pawang dan Dukun. Di dalam arena perubatan tradisional Melayu, keris digunakan sebagai alat perantaraan antara Jin dengan Bomoh bagi mengadakan upacara tertentu. Kadang-kala keris itu di
asap dengan kemian terlebih dahulu untuk menyeru Jin yang dihajati.
Setelah beberapa ketika datanglah Jin yang di seru itu melalui Bomoh tersebut. Ada sesetengah Bomoh yang menggeletar tubuh badan mereka apabila dimasuki Jin, namun ada juga yang sampai berguling-guling dan tidak ketinggalan juga yang berkeadaan biasa apabila dimasuki oleh Jin tersebut. Setelah selesai upacara itu dan Jin
tersebut telah keluar dari tubuh bomoh, maka keris tersebut akan
di kucup, di asap dan disarungkan kembali ke dalam sarungnya.

Biasanya orang-orang yang terlibat dalam bidang latihan pertahanan
diri dan perbomohan gemar menggunakan keris, kerana mereka mempunyai
kepercayaan yang kuat kepada kuasa keris tersebut. Sesetengahnya
mendakwa memperolehinya dalam mimpi, apabila bangun dari tidur,
didapatinya keris tersebut telah berada di sisinya.

Sesetengahnya pula mendapat keris tersebut setelah sekian lama bertapa di tempat-tempat tertentu. Tidak kurang juga yang memperolehinya dari warisan turun temurun dari datuk nenek mereka, yang kononnya mereka adalah
warisnya dengan disyaratkan kepada mereka yang menjaga keris itu,
mestilah melakukan apa jua syarat yang diperlukan sebagai penjaga warisan keris tersebut.

Dengan memiliki keris tersebut, jadilah ia seorang Bomoh ataupun
pendekar dengan bantuan Jin penjaga keris terebut. Keris itu dihormati sebagai tetamu dan di jaga dengan rapi. Sesetengahnya mengambil kesempatan pada malam Jumaat untuk mengasapkan keris tersebut dengan kemian dan dimandikan dengan sintuk dan limau nipis bagi menjaga kuasa yang ada pada keris tersebut supaya tidak hilang. Selepas itu keris tersebut di bungkus dengan kain kuning atau hitam, di kucup dan di simpan di tempat yang khas dan selamat.

Ada di antara keris-keris itu yang berbunyi pada waktu malam atau
siang mengikut keadaan dan keperluan. Contohnya bila ada tetamu hendak datang atau bila ada sesuatu bencana yang akan berlaku seperti banjir, musuh akan datang menyerang dan sebagainya. Keadaan berbunyinya berbeza-beza. Ada yang keluar masuk sarung tanpa henti sehingga diberhentikan, ada juga yang berlegar-legar atau bergegar di tempatnya dan macam-macam cara lagi.

Mengikut perkiraan lojik, adakah keris itu mempunyai nyawa untuk berbunyi atau bergerak-gerak ataupun keluar masuk ke dalam sarungnya sendiri? Tetapi apa yang sebenar berlaku ialah bergeraknya keris itu adalah disebabkan oleh Jin penjaga keris itu yang mahu memberitahu sesuatu kepada tuannya.

Orang yang sebeginilah yang selalunya di anggap Tok Keramat oleh sesetengah orang. Sebenarnya bagi orang yang memiliki keris tersebut, Jin penjaga
keris itu bukan lagi sebagi khadam kepada keris itu, tetapi
sebaliknya sebagai tuan kepada manusia, kerana manusia (tuan
keris) itu terpaksa akur dan patuh kepada segala kehendak Jin tersebut.

Kerana itulah keris tersebut perlu di asap dan dilimaukan sebagai syarat perhubungan mereka. Jika tidak Jin itu akan menggangu tuannya atau jika tuan keris itu sudah meninggal dunia maka Jin itu akan menggangu anak-cucunya pula dengan berbagai-bagai kesusahan dan penyakit. Penyakit itulah yang dinamakan "saka" atau keturunan. Maka bagi anak cucu yang mahu membela,
maka diamlah Jin tersebut dari menggangu, sementara yang tidak mahu
menerima, saka Jin itu akan terus menerus menggangunya.

-Hj. Ahmad b. Hj. Che Din-


dipetik dari blog syifa-alhidayah

24 January 2011

Sky Bridge of Langkawi

Pertama kali aku ke Langkawi pada tahun 2000, 
Kabel Terpanjang dan Jambatan Gantung ni belum lagi dibina

Kereta kabel Langkawi dan Jambatan Gantung ini terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta Kabel ini mula dibuka pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.
Ia dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004.

Di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang sambil menikmati pemandangan cenuram anjur dan puncak batu tinggi yang amat mengagumkan. Semasa matahari terbenam, anda akan dapat saksikan beberapa minit suasana kemerahan di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.

Dengan ukuran keseluruhan sepanjang 919.5 m, kereta kabel Langkawi ini, telah diperakui oleh Malaysia Book of Records sebagai The Longest Free Span Single Rope Cable Car di dunia.














Israel Rampas 85 Hektar Tanah di Bet Hanina Untuk Pemukim Yahudi


Al-Quds : Komite perencanaan dan pembangunan Zionis tengah mendiskusikan rencana teknik pembangunan jalan baru yang akan menghubungkan dua wilayah permukiman Zionis di Zeegat Zeivi dan Neva Yakub di jalan no 443 atau jalan Began. 

Seorang pakar permukiman Zionis, Ahmad Shab Leben dari lembaga Eir Amim yang beroperasi di Entitas Zionis dalam pernyataanya, hari ini (23/1) mengungkapkan, sesuai dengan rencana yang telah dibuat pemerintahan Zionis, mereka akan menggusur sekitar 34 wilayah di Bet Hanina yang terletak di sekitar wilayah permukiman untuk membuat jalan baru yang akan menghubungkan dua permukiman besar Zionis. Luas wilayah tanah yang akan digusur demi pembangunan jalan baru ini adalah 85 hektar, termasuk wiayah terbuka dan garis hijau. 

Adapaun pembangunan proyek di wilayah 443 sudah dimulai. Mereka akan mengganti jalan lama yang ada di sana dengan jalan baru yang akan menghubungkan jalan Began dengan sejumlah permukiman yang ada di sekitar Bet Hanina. Bahkan mereka akan menghancurkan ruang penjagaaan yang berada di bawah otoritas pembangunan. 

Rencana pembangunan ini sebagai solusi bagi permasalahan yang dihadapi warga pemukim di sebelah utara Al-Quds. Khususnya di wilayah permukiman Bezgate Zeivi dan Neva Yakub yang ada di sebelah utara Al-Quds. Jalan ini akan terhubung dengan jalan443 termasuk Al-Quds barat dan tel Aviv. 

Sementara pakar Ahmad Shab menilai proyek ini tidak akan membantu warga Al-Quds, namun justru akan semakin mencekik warga yang melewati jalan Ramallah atau jembatan baru. Sebab warga Al-Quds secara langsung berhubungan dengan al-Quds terjajah bukan dengan Al-Quds barat. Selain akan terlepasnya sejumlah wilayah untuk rencana permukiman. (asy)

23 January 2011

Kebetulan @ Perancangan?

Mata Dajjal di Mid Valley

 


Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, di Midvalley juga adalah tempat sebuah consultant Yahudi beroperasi iaitu APCO Worldwide yang suatu masa dahulu menjadi pertikaian di Parlimen atas sebab keputusan kerajaan Malaysia membayar RM70 juta menggunakan khidmat APCO.
Di bawah ialah alamat APCO Worldwide yang menggunakan pejabat yang sama dengan Mind Team Sdn Bhd.

Alamat : APCO Worldwide Sdn. Bhd.Level 21, Suite 21.01, The Garden South Tower, Midvalley City
Pengarah Cawangan Malaysia : Paul Stadlen
Mid Valley City dimiliki sepenuhnya oleh IGB Corporation.



Gereja Terbesar Di Asia








Calvary Convention Centre (CCC) itulah namanya Gereja yang sedang dibina (Pembinaan Bermula Sekitar 2008 Lagi) di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat ini dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi. Dibina oleh Nam Fatt Construction Sdn. Bhd, lengkap dengan pelbagai fasiliti dan dewan auditorium yang boleh memuatkan 5,000 orang.

"2012" Emmerich Lengkapkan Secret Puzzle


Akhbar Siasah terbaru ada memperlihat kenyataan Majlis Syura Ulama Indonesia membuat kenyataan sekitar 2012 menyesatkan aqidah umat Islam. Kenyataan tegas dari Indonesia (malangnya tidak kedengaran pula dari Malaysia termasuk dari pimpinan ulama gerakan Islam mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan) sangat penting bagi mempertegas penyelewengan gambaran "Kiamat" khususnya di penghujung filem "2012".

Namun demikian, bagi saya, ada sesuatu yang perlu dilihat dengan lebih mendalam dan tersirat, bukan sekadar yang tersurat dari filem itu.

Ada beberapa teori konspirasi Yahudi Illuminati yang sedang menarik perhatian saya dalam filem yang mesejnya menepati ramalan saya sebelum ini (baca "Apa Pula Simbol Emmerich Dalam 2012" dan "2012 Janjikan Propaganda Illuminati").

1. Kenapa seorang pakar geologi - yang membocorkan maklumat kerajaan AS mengenai gempa bumi yang akan menimpa AS - terbunuh di tempat yang sama kemalangan maut berlaku pada Princess Diana ?

Adakah filem ini terang-terang mahu 'sengaja' menunjukkan bahawa kemalangan di tempat yang sama meragut nyawa Princess Diana hakikatnya suatu yang dirancang "secret societies" dan bukannya kebetulan ?


Baca juga : "...when The Queen Diana said : 搕here are powers at work in this country of which we know nothing...�.
 

2. Kenapa kapal armada laut AS (lihat gambar utama ini di website 2012) yang jelas terpampang nama John F. Kennedy 'terpilih' untuk merempuh White House ketika di kemuncak bencana tsunami dalam 2012 ?

Pendedahan John F. Kennedy suatu bahaya besarkah kepada pemilik sebenar pentadbiran AS ? Mungkin pendedahan website seperti ini mampu membuka minda.

3. Kenapa ada sahaja elemen "konspirasi yang tidak boleh didedahkan" dalam filem ini ketika ramai mungkin menjangkakan ia tidak akan berkesudahan dengan wujudnya kehidupan baru selepas diselamatkan oleh bahtera penyelamat - yang telah dirancang pembinaannya lebih awal oleh AS ?

Sukarkah membuat filem tanpa elemen 'konpirasi' ataupun 'hidden map' ?

Adakah ia suatu signal sememangnya Kiamat 2012 bukannya fenomena alam, tetapi sesuatu yang sedang dirancang pihak yang sama yang pernah mencatur Perang Dunia Pertama sehingga tertegaknya negara haram Israel dan mencipta bom atom untuk meletupkan Perang Dunia Kedua dari Jepun ?

Apatah lagi filem "2012" terdapat banyak aksi semacam sengaja "memperli" mengenai kedatangan "the end of life" seperti aksi nyanyian berseloroh sebuah band musical dan aksi animasi kelakar "matahari menembak bumi" dalam komputer Charlie Frost, juruhebah radio. Nampak jelas ia semacam memerli mereka yang akan mempercayai kiamat pada "2012".

4. Terdapat juga aksi seperti mirip aksi tenggelamnya Kapal Titanic di Bermuda Triangle ketika adegan tsunami 2012 menghempap sebuah kapal. Tahniah Remmerich, anda membuka fikiran saya untuk melihat tragedi bersejarah Titanic itu kini dari sudut yang berbeza.

"It is not inconceivable that we have heard so much about the famous voyage of the Titanic because it was one of the most perfect crimes ever committed." - Doug Yurchey


How could a ship that's made out of metal be sunk by an iceberg?



Rujukan lagi :
www.titanicconspiracy.com
5 persoalan misteri sebelum kejadian Titanic
www.dajjalvideo.blogspot.com/bermudatriangle
 

5. Filem ini juga memberikan suatu mesej bahawa sesiapa yang menguasai teknologi penerbangan dan lautan, akan selamat dari bencana besar 2012.

Adakah ini suatu lagi signal pihak yang sama sedang mencipta teknologi di udara dan di lautan - yang kononnya ia adalah makhluk asing (U.F.O) walhal mereka yang menciptanya ('faked alien') ?

Mereka telah berjaya menipu dunia dengan 'fake event' pendaratan di bulan pada 20 Julai 1969, kali ini tidak perlu pelik dengan penipuan seterusnya mengenai wujudnya 'makhluk asing', dunai mesti bersatu di bawah AS untuk menentang mereka seperti digambarkan dalam Independence Day arahan Remmerich yang sama sebelum 2012, filem ke-12 beliau.
 

New World Order Conspiracy Reveals Secret Martial Law Doomsday Plan 2009-2012. Lihat lagi pendedahan golongan Youtuber Kristian mengenai ancaman Illuminati di sini. Walaupun ia dibuat oleh golongan Kristian, namun sememangnya Illuminati adalah musuh utama yang akan menghapuskan semua agama.

5. Berulang kali juruhebah radio dalam 2012, Charlie Frost membuat kenyataan sebelum dirinya dihempap batu api dari letupan volkani 2012.

"To all Christian, Muslim, Buddhist, Rastafarian... We must be ONE family now. We Will be ONE!!!".

Untuk apa kalimah "one" sentiasa digemakan ? Untuk apa dipaparkan negara-negara besar dunia seperti China (tempat projek 'bahtera penyelamat' dibina), India, Russia dan 48 buah negara kesemuanya bersetuju dengan pelan keselamatan AS melalui kapal Atlantis tersebut ?

Merujuk kepada projek besar Yahudi untuk mewujudkan "One New World Oder" pada 2012 ? One World Religion ?


Bagi saya, skrip 2012 yang ditulis oleh Harald Kloser sememangnya mempunyai mesej tertentu kalaupun tidak kesemuanya. Jika tidak, masakan filem menelan belanja besar hampir 800 juta ringgit Malaysia ini boleh ditampung oleh Yahudi di belakang Hollywood.

6. Apa simbol di sebalik bahtera penyelamat yang menyelamatkan beberapa ratus ribu manusia yang 'terpilih' selepas bencana 2012 tersebut ? Adakah ia mengisyaratkan kepada projek penyingkiran 90 % penduduk dunia - melalui sekatan pemakanan dan sebagainya - dan akan kekalnya mereka yang 'terpilih' untuk meneruskan tamadun baru manusia berasaskan "New World Order" (novus ordo seclorum) .

Undian pemimpin pasca 2012 di website rasmi 2012 tambah meragukan siapakah dalang di sebalik projek "2012 fear factor"

Propaganda "Noah Ark" versi AS. AS tampil sekali lagi dalam "2012" sebagai penyelamat dunia (baca : pemusnah dunia).

Kenapa semacam kisah kapal Nabi Nuh yang sememangnya kisah sejarah itu menjadi titik persamaan antara agama asal Yahudi, Kristian dan Islam dijadikan 'nostalgia' dalam penghujung "2012" ? Semua agama akhirnya akan tunduk pada SATU kuasa setinggi Gunung Everest pada saat itu berlaku ?

Dalam ajaran agama Samawi dan mungkin juga agama lainnya, ketika kiamat terjadi tidak ada satu pun makhluk di bumi yang akan selamat, semua hancur bersama dengan hancurnya alam semesta. Namun filem 2012 ini mengirimkan "hidden messages" bahwa kiamat boleh sahaja terjadi, dan jika kiamat terjadi maka ikutlah bersama gerombolan yang telah dibuat oleh AS dan sekutunya, pasti anda akan selamat.

Demikianlah "mesej halus" filem 2012 pada anak-anak kecil dan remaja yang belum mapan didikan agama mereka. Didikan filem itu jelas melawan ajaran agama tentang Kiamat. Seolah-olah Tuhan pun tidak mampu mengkiamatkan misi keselamatan yang telah digagas oleh AS tersebut. 2012 mengirimkan pesan AS penyelamat anda, bukan agama dan Tuhan anda !!!


Semuanya di atas hanyalah hipothesis saya, boleh diterima mahupun ditolak.

Mesej dari 2012 adalah pengumuman siri puzzle seterusnya dari Yahudi pembunuh para anbiya'.

Ramai adik-adik bertanya kepada saya, kenapa Illuminati mendedahkan kewujudannya dalam pelbagai bentuk halus sedangkan mereka sebuah gerakan rahsia yang mahu melakukan kerosakan di dunia ?
Jawapan saya mudah.

1. Dengan berbicara dengan simbol kepada musuh-musuh mereka (baca : umat Islam dan golongan beragama), mereka akan cuba mencipta peperangan secara propaganda menimbul ketakutan atau "fear-factor". Mencipta ketakutan sebelum berperang adalah teknik "mind-control" yang sememangnya dipraktikkan Yahudi sejak dari zaman Nabi S.A.W.

Yahudi sememangnya sebuah bangsa yang dibuktikan sejarah takut berdepan dengan peperangan bersemuka dengan umat Islam. Perang Bar Lev sudah cukup mengajar mereka erti ketakutan pada doa-doa para ulama Islam. Justeru mereka mahu menimbulkan ketakutan kepada umat dengan menonjolkan kewujudan mereka dalam catur-catur yang mereka atur sejak lama dahulu, yang lingkaran mereka sangat luas dan complicated, tetapi kesemuanya menggunakan brand dan pattern (logo) yang sama.

2. Supaya umat Islam terus disibukkan mengkaji kewujudan simbol-simbol mereka sahaja, dalam pelbagai medium, tetapi lalai dari tindakan yang lebih konstruktif untuk menyelamat dan membentengi ummah dari perencanaan jahat 9 "F" mereka (Finance, Food, Film, Fashion, Fun, Fiction, Faith, Friction dan Fitnah), lalai dari usaha keras untuk mengemukakan penyelesaian membina kepada ummah yang sedang disepakterajang oleh mereka atau sedang berada di telunjuk percaturan mereka.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Orang-umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Pertempuran besar tersebut telah diisyaratkan Nabi S.A.W akan memihak kepada umat dan tentera Islam. Saya sangat optimis khususnya setelah menatapi "Al-Mubassiyraat bi Intahsaaril Islam" karangan ulama intelektual dunia Islam Syekh Dr Yusuf al-Qaradhawy.

Syaratnya cuma apabila tentera Muhammad telah memenuhi syarat persiapan syariatullah dan sunnatulah (ilmu) sebelum kedatangan Nabi Isa alahissalam dan gerombolan tentera Imam Mahdi, impian membenamkan Yahudi-Iblis, seluruh sistemnya yang well-complicated dan seluruh proksi-proksi 'mata satu' mereka dari terus mencatur sepak terajang bencana kemanusiaan dunia akan direalisasikan.

"...Usaha-usaha menghalang gagasan pengislaman ilmu ini dari berkembang luas nampaknya dilakukan dengan drastik oleh golongan Illuminati. Pada 1986, Dr. Ismail Al-Faruqi dan isterinya, Dr. Louis Lamya telah dibunuh di rumahnya. Ramai pemerhati mengesyaki bahawa komplot pembunuhan ini didalangi oleh Jewish Defense Leage (JDL). Sesungguhnya pembunuhan beliau membuktikan bahawa Perang-Perang Dunia adalah satu 憄akej konspirasi� yang lengkap dalam usaha menjajah negara Islam. Negara Islam tidak hanya diserang dan dijajah bahkan pemikiran, ideologi dan kepercayaan agamanya juga diganggu-gugat melalui satu sistem aliran politik dan pendidikan yang tersusun." - www.ibnuyaacob.com
 

"Benarlah Ahmad Thomson ketika di dalam bukunya yang berjudul Dajjal � The AntiChrist mengatakan bahwa dunia yang sedang kita jalani dewasa ini 杢erutama sejak hampir satu abad yang lalu- telah menjadi sebuah Sistem Dajjal. Peradaban dunia semenjak ghaibnya sistem Islam yang bernama Khilafah Islamiyyah telah perlahan namun pasti mengarah dan membentuk diri menjadi sebuah peradaban yang sarat dengan Dajjalic Values. Kian hari kian nyata bahwa nilai-nilai Ilahi yang suci dan mulia secara sistematis mengalami marginalisasi alias penghapusan.
 

Sedemikian hegemoniknya sistem Dajjal sehingga menurut Ahmad Thomson bilamana dalam waktu dekat si oknum Dajjal muncul ke tengah umat manusia, maka ia akan segera dinobatkan menjadi pemimpin sistem tersebut. Sebab sistem yang dibangun dengan sebutan Novus Ordo Seclorum (the New World Order) ini sangat compatible dengan karakteristik oknum Dajjal. Berbagai sektor kehidupan telah dirancang dan dibentuk agar secocok dengan the arrival of the AntiChrist (kedatangan Dajjal). Segenap sektor kehidupan manusia yang mencakupi ideologi, politik, ekonomi, sosial, budaya, militari, pertahanan-keamanan, pendidikan dan hukum dijauhkan dari Dienullah yakni nilai-nilai Islam. Bahkan aspek entertainment-pun diarahkan untuk menyambut kedatangan Dajjal."

dipetik dari blog mrsmmersing

20 January 2011

JPJ Lancar Operasi Cermin Gelap

KUALA TERENGGANU - Pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap di Terengganu bakal berdepan tindakan saman dan kompaun apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi berterusan bagi mengesan mereka yang terlibat.
Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, operasi itu dilancarkan berikutan semakin ramai pemilik kenderaan di negeri ini dikesan menggunakan cermin gelap melebihi had yang ditetapkan.
“Penggunaan cermin gelap dilihat semakin berleluasa di negeri ini dan kita akan mengadakan pemantauan dari masa ke semasa bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, sebanyak 294 notis kesalahan cermin gelap telah dikeluarkan pada satu operasi yang dijalankan oleh JPJ di Jalan Sultan Mohamad yang bermula pukul 8.30 malam tadi dan berakhir dua jam setengah selepas itu.
Beliau berkata pemilik kenderaan terbabit diminta menghantar kenderaan masing-masing untuk pemeriksaan di mana-mana pejabat JPJ dalam masa 10 hari dan jika mereka gagal mematuhi arahan notis tersebut, kompaun sebanyak RM200 akan dikenakan.
Katanya, menurut peraturan, cermin kenderaan pada bahagian sisi perlu melebihi 50 peratus dan 70 peratus kecerahan pada bahagian depan dan belakang kenderaan. - Bernama

19 January 2011

Barhum Minta Masyarakat Dunia Kekang Israel


 Gaza – Infopalestina: Juru bicara gerakan perlawanan Hamas, Fauzi Barhum menegaskan, serangan roket Zionis yang berkelanjutan terhadap Gaza membuktikan bahwa Zionis tidak akan pernah surut untuk menyerang Gaza dan Palestina.
Pernyataan ini diungkapkan Barhum pada Infopalestina, Selasa (18/1). Ia mengatakan, faksi-faksi perlawanan telah mengirimkan surat pada masyarakat internasional yang meminta dunia mengekang agresi Zionis. Semuanya menyatakan siap menghormati gencatan senjata, selama Zionis komitmen.
Kami tegaskan bahwa agresi ini berasal dari satu pihak. Kami hanya membela diri, selama tidak ada keadlian dan selama sikap diam dunia internasional dan barat yang tak juga mengambil sikap untuk menghentikan agresi Zionis.
Akibat sejumlah serangan Israel ke Gaza hari kemarin, Amjad Kamil Za’anin (20 tahun) meninggal syahid, sementara dua lagi luka-luka, satu luka sedang dan satu lagi luka parah, akibat gempuran rudal mariam Israel. (asy)

Mouse Kaki


Sebuah konsep menarik dari designer Liu Yi, yaitu Toe Mouse. Sesuai dengan namanya, mouse ini menggunakan kaki Anda untuk mengontrol mouse dan bukan tangan Anda.

Prototype mouse pertama kali diperkenalkan pada tahun 1963 oleh Douglas Engelbart dari Stanford Research Institute. Sejak itu, mouse telah mengalami berbagai perbaikan mulai dari akurasi, tingkat ergonomis sampai penambahan2 lain. Satu hal yang tak pernah berubah sejak pertama kali mouse ditemukan ialah selalu menggunakan tangan. Kali ini, ada satu konsep baru yang muncul, menggunakan mouse dengan kaki.

Liu Yi, cuba melihat mouse ini dari sisi lain. Ia melihat peranti input yang satu ini sangat penting dalam hal komputer namun tidak semua orang boleh menggunakannya, terutama orang-orang yang cacat tubuh bahagian atas. Karena tiada alternatif, maka Liu Yi cuba merekacipta mouse yang dapat dioperasikan dengan kaki.

Secara prinsip, toe mouse ini tak jauh beda dengan mouse biasa. Bezanya hanya ia dirancang untuk dioperasikan dengan jari kaki dan bukannya dengan jari tangan seperti pada mouse biasa. Anda hanya perlu menyisipkan ibu jari dan telunjuk kaki ke tempat yang telah disediakan. Tepat di bawah ibu jari dan telunjuk kaki ini ada sensor yang berfungsi sama dengan fungsi tombol pada mouse.

Dengan begitu, mereka yang tak boleh memfungsikan tangannya dengan baik, tak lagi harus merasa tersisih dari teknologi moden karena mereka boleh menggunakan ‘mouse kaki’ ini. Dan buat Anda yang bosan dengan mouse biasa dan ingin mencuba sesuatu yang baru, kenapa tidak mencuba konsep ini?Toe Mouse dirancang untuk digunakan oleh orang-orang yang memiliki cacat bahagian atas dan tidak dapat menggunakan tangan mereka untuk menggerakkan mouse, dan Anda hanya perlu memasangnya ke kaki Anda seperti Anda menggunakan sandal kepit.






13 January 2011

Erdogan: Kami Mendukung Hamas karena Benar



Istanbul – Infopalestina: Perdana Menteri Turki Receb Thayyib Erdogan menegaskan bahwa Turki mendukung Gerakan Perlawanan Islam Hamas, karena sebagai geakan perlawanan yang membela tanah airnya. Selain itu Hamas adalah gerakan politik yang ikut pemilu dan menang. Dia menilai sangat sulit mencapai kesepakatan kompromi di kawasan tanpa mendapatkan persetujuan Hamas. 

Seperti disampaikan dalam wawancara dengan televisi aljazeera, Rabu (12/1) malam, Erdogan mengatakan, “Kami selalu di samping Hamas ketika itu benar. Kemarin kami di sampingnya dan kekarang kami akan tetap di sampingnya. Itu karena Hamas adalah gerakan perlawanan. Saya tidak melihat Hamas sebagai gerakan teroris. Mereka adalah orang-orang yang membela tanah mereka. Hamas adalah gerakan politik, begitulan kami melihatnya. Kami melihat Hamas sebagai gerakan yang ikut pemilu dan menjadi partai yang menang dalam pemilu ini.”

Erdogan menuduh mereka yang disebutnya sebagai “musuh demokrasi” tidak memberikan kesempatan politik kepada gerakan Hamas. Dia menambahkan, “Sekiranya bisa, mereka (musuh-musuh demokrasi) membuat perhalang agar (Hamas) tidak berhasil, dengan cara apapun.” Dia menyatakan bahwa dirinya sudah menegaskan kepada Ketua Tim Kuartet Tony Blair bahwa “meja perundingan yang Hamas tidak duduk di dalamnya tidak akan menghasilkan perdamaian apapun.”

Erdogan mengatakan, “Anda haru tahu, wahai Mr. Tony Blair, bahwa Hamas adalah pihak (yang harus dilibatkan) dalam masalah ini. Ini adalah fakta yang harus Anda lihat. Sekarang ini Fatah dan Hamas adalah dua unsur penting di Palestina. Jika Anda melihat satu unsur dan tidak melihat unsur yang lain, maka perdamaian Palestina tidak akan terwujud.”

Dia meminta pemerinth Zionis Israel memint maaf dan membayar kompensasi atas serangan yang terjadi pada kapal “Marmara” Turki, yang tergabung dalam armada kebebasan. Serangan Israel ke kapal Marmara mengakibatkan 9 relawan Turki gugur pada akhir Mei 2010 lalu.

Erdogan melanjutkan, “Yang kami inginkan dari pihak Israel, setelah mereka mengembalikan kapal Marmara kepada kami, adalah meminta maaf dan membayar kompensasi. Yang ketiga membebaskan blokade. Karena akibat blokade ini Jalur Gaza telah menjadi penjara terbuka. Kalian tidak berhak memenjarakan mereka semua. Saya meminta agar blokade dibebaskan. Bila hal ini tidak terjadi maka hubungan kita tidak akan kembali seperti sedia kala.”

Erdogan juga melancarkan serangan sengit kepada Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman dan menyebutkan “tercela lagi jahat”. Dia mengatakan, “Lieberman melakukan semua tindakan tercela lagi menjijikkan." Dia menambahkan bahwa Pemerintah Netanyahu saat ini adalah yang paling buruk bagi Turki. (asw)

dipetik dari infopalestina